- Hilangkan kekasaran
Jangan hanya berserah. Sekiranya anda rasa disakiti berterus teranglah dengan suami tetapi gunakan nada yang lembut supaya dia tidak tersinggung. Jika ingin sama-sama menikmati kenikmatan, bimbinglah suami anda ke daerah-daerah yang boleh menambahkan ghairah. Anda juga boleh memainkan peranan dengan lebih aktif, dengan cara menuntun tangannya mengarahkan ke bahagian yang anda sukai. - Singkirkan rasa sakit
Kebanyakan wanita sering merasa sakit pada organ seksnya ketika berhubungan intim buat pertama kalinya. Hilangkan perasaan takut sebaliknya fikirkan perkara yang indah-indah ketika bersama suami. Perlu juga diketahui bahawa penyebab kurangnya cairan lubrikasi ialah stress, pengambilan ubat-ubatan dan penggunaan alat kontraseptif. Bila hal ini terjadi, minta suami supaya melakukan pemanasan lebih lama sambil melihat apakah anda sudah bersedia untuk memulainya kembali. Cara lain ialah dengan menggunakan cairan lubrikasi. - Beri dorongan pada suami
Bukan semua suami behasil melalui malam pertama mereka dengan sukses. Sebagian darimereka akan tewas sebelum waktunya. Tapi jangan bimbang, ia munkin kerana stress dan kurangnya pengalaman. Selain kurangnya pengalaman dan stress, minuman beralkohol serta ubat-ubatan juga boleh menjadikan lelaki kurang perkasa. Maka pujuklah suami agar dia hilang rasa kecewanya sambil mengelus tubuhnya terutama daerah sensitif untuk menunjukkan rasa sayang dan keinginan anda terhadapnya. Katakan padanya untuk mencoba lagi malam berikutnya. - Jangan pura-pura klimaks
Banyak wanita yang tidak ingin mengecewakan suaminya sering berpura-pura orgasme. Jangan lakukan hal itu kerana ia boleh membahayakan hubungan anda. Memang banyak wanita yang agak sulit mencapai klimaks walaupun pasangannya sudah melakukan stimulasi sebaik mungkin pada daerah sensitifnya. Anda tak perlu malu untuk mengatakan padanya. Mungkin anda boleh memberi cadangan mengenai cara yang anda sukai dan memainkan peranan yang aktif juga. Jadikan aktiviti seks ini sebagai sesuatu yang menyenangkan bukannya membebankan anda.
Sumber : http://intim.wordpress.com/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar